Tetamu yang ditunggu-tunggu =)

Alhamdulillah, ni lah tetamu yang ditunggu-tunggu oleh Maryam. Kawan bermain dan bergaduh. Bila ditanya, agak-agaknya bila lah Rayyan nak jenguk kita kat sini, Maryam pasti akan jawab..tak tahulah, lambat lagi rasanya..

Sebenarnya kami sengaja rahsiakan kedatangan si kecil ni, sebab nak buat kejutan untuk Maryam. Memang terkejut semasa jumpa di bahagian 'Arrivals' di airport. hehe.. Sebenarnya kalau diberitahu awal, mahunya hari-hari Maryam akan tanya bila lah Rayyan nak sampai..penat ummi nak menjawabnya..


Tetapi, tetamu kami dah pulang minggu lepas. Sob sob. Nanti kita sembang pasal trip mereka di sini ya insyaAllah. Nantikan!

Comments